Seo Services

Bomba adakan Tahlil dan solat hajat serentak untuk mangsa MH17


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan bacaan tahlil dan solat hajat secara serentak di seluruh negara pada 8 pagi Jumaat ini sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata 13,539 warga bomba beragama Islam akan menyertai majlis itu.

"Ia akan melibatkan sebuah ibu pejabat JBPM, 16 ibu pejabat negeri, 271 balai dan lima Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Warga JBPM di sini malam ini.

Istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Jumaat ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan. Turut dijangka hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.
Bomba adakan Tahlil dan solat hajat serentak untuk mangsa MH17 Bomba adakan Tahlil dan solat hajat serentak untuk mangsa MH17 Reviewed by Unknown on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.