Seo Services

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang.


KUCHING: Tiada apa yang dapat digambarkan lagi atas musibah yang menimpa dua buah keluarga apabila tinggal sehelai sepinggang setelah kehilangan tempat berteduh dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.50 pagi itu,api yang dikatakan bermula dari rumah seorang ibu tunggal yang iaitu Puan Jakibah Nok,44, sebelum ianya merebak kerumah jirannya.

Difahamkan kedua-dua rumah tersebut musnah terbakar sama sekali manakala rumah jiran yang lain turut terjejas.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Seramai 15 orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan Petra Jaya dan turut dibantu oleh 10 orang anggota sukarelawan bomba dari Bako dikerah ke lokasi kejadian.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal setengah jam kemudian. Jumlah kerugian masih belum diketahui dan punca kebakaran masih disiasat.
Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang. Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang. Reviewed by Unknown on August 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.