Seo Services

Khairy sanggup letak jawatan jika kegagalan di Glasgow berpunca daripadanya

JITRA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti bahawa kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

Khairy berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika hasil post-mortem dan kajian mendalam mendapati kegagalan pada temasya sukan itu berpunca sepenuhnya daripada kesilapannya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.

"Tanyalah kepada persatuan-persatuan sukan dan pegawai-pegawai terlibat, kalau saya bersalah, saya bersedia untuk meletak jawatan setelah memegang jawatan ini lebih kurang setahun lebih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Sayap UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan pemilihan kontinjen ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan September ini. - Bernama

Khairy sanggup letak jawatan jika kegagalan di Glasgow berpunca daripadanya Khairy sanggup letak jawatan jika kegagalan di Glasgow berpunca daripadanya Reviewed by Admin on August 09, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. sah !! memang KJ punca kegagalan di Glasgow
    apa pun tak buleh ... apa program sukan bermula dari akar umbi yang yg lahir dari idea dia ... ada ??
    apa yang MOM buat untuk hasilkan atlit balapan ... ada ?
    badminton ...?
    takraw ..?
    hoki ..?
    bola .. ?
    yg duduk kat atas tu semua ada yang dah sampai puluhan tahun ... menteri sukan buat apa ?
    .. LEBIH PEGAWAI DARI ATLIT ... menghabihkan borehhhhh yo ...
    Ok KJ ... hang dah boleh letak jawatan sekarang .. jawatan yg sesuai untuk hang ... menteri fesyen

    ReplyDelete
  2. khairy jamaludin (kj) nak letak jawatan....?
    hahahahahahahahaha.... lawak dunia woooooo...
    klu kj letak jawatan, dh tentu2 macai2 n belaci2 dia juge kena buat yang sama kan..!
    matilah klu mcm ni.....!
    klu kj letak jawatan, dia blh hidup hatta 7 keturunan dia sebab dia ni bapa segala TOL pintu zaman tan tin TUN pak lah dulu.. (x caya, blh tanya siapa2 je, semua org tau)..
    tapi bgimana pula dgn macai2 n belaci2 dia.. mati tak makan woooo...
    kj tu ckp je.. klu berani sgt, buat n kita sgt brhrp ds najib x mmbantah n luluskn saje...

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.