Seo Services

Pengguna berang cadangan facebook bakal ditutup

PETALING JAYA: Rata-rata pengguna internet berang dengan cadangan kerajaan untuk menutup laman sosial Facebook.

Seorang pengguna Facebook, Felicia Ernestine Sylvester menyoal, apakah rasionalnya disebalik cadangan yang dikemukakan itu.

"Apa salah Facebook? Anda boleh menyekat pengguna yang menyalahgunakannya," katanya.

Facebook telah diharamkan di beberapa negara seperti Korea Utara, Iran, sementara China, Mesir dan Pakistan juga telah mengharamkan penggunaan laman sosial berkenaan walaupun larangan tersebut tidak kekal lama.

Kebanyakan pengguna berkata, Facebook merupakan platform yang digunakan orang ramai mencari idea dan berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, menjalankan perniagaan, menyebarkan maklumat penting dengan cepat dan berkesan.

Sheela Palanisamay berkata "Facebook menjadi medan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama selepas beberapa tahun tidak berjumpa, ahli keluarga yang dekat dan jauh dapat berhubung biarpun mereka tinggal di negara yang berlainan.

Pada Jumaat, Bernama melaporkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menutup Facebook namun mereka ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai, kerana tindakan tersebut agak radikal.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mereka menerima 2,000 laporan mengenai posting Facebook oleh pihak tidak bertangugngjawab dan jumlah tersebut agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan pengguna Malaysia yang dianggarkan kira-kira 15 juta.  ─ mStar online

Pengguna berang cadangan facebook bakal ditutup Pengguna berang cadangan facebook bakal ditutup Reviewed by Unknown on August 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.