Penyanyi, Joe Flizzow mengakui isu yang melanda dirinya kerana menggayakan baju membawa mesej ‘Jantan’ serta bergambar bersama dua orang yang memakai baju berunsur lucah sedikit sebanyak mencalarkan imej serta reputasinya yang bersih sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan tempatan.
“Saya tertarik dengan baju dengan tulisan ‘Jantan’ dan bersetuju untuk menggayakannya di Kuala Lumpur Fashion Week atas permintaan pereka tersebut. Saya sama sekali tidak menyedari dua individu yang datang untuk bergambar bersama itu mengenakan baju yang mempunyai mesej lucah.
Namun saya akui kesalahan saya, serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Saya belajar daripada kesilapan serta perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang. Saya rasa imej dan reputasi saya sedikit tercalar sedangkan ia agak bersih selama ini,” ujar Joe ketika ditemui di majlis minum petang sempena pelancaran muzik video 'Apa Khabar' di Nagaba, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas mengenai kolaborasi bersama SonaOne menerusi lagu berjudul 'Apa Khabar' itu, Joe mengklasifikasikan lagu tersebut sebagai luahan rasanya secara peribadi. Joe menampilkan kelainan dengan membawakan mesej persahabatan antara dua lelaki melalui lagu tersebut.
“Lagu ini bersifat peribadi kepada saya kerana merupakan luahan rasa saya. Lelaki jarang meluahkan perasaan, namun kata-kata tersebut dizahirkan melalui penulisan lagu. Lagu 'Apa Khabar' itu dirakamkan oleh saya seorang diri dalam studio bagi betul-betul mendapat ‘feel’ untuk lagu berunsur melankolik itu.
Beberapa baris pertama lagu tersebut meluahkan mengenai rasa kesunyian manakala idea selebihnya timbul secara spontan. Secara tidak langsung peminat-peminat Too Phat mendapat gambar mengenai situasi saya dan Malique tidaklah seburuk mana seperti yang disangka,” ujar Joe lagi
Menurut Joe, peminat-peminat Too Phat berhak untuk sedikit sebanyak mendapat gambaran mengenai nasib kumpulan Hip hop tersebut. Selain membawa kegembiraan kepada peminat Too Phat, lagu tersebut juga menangkis kontroversi yang mengatakan Joe dan Malique kini sudah tidak bertegur sapa.

“Saya belum lagi berjumpa dengan Malique tetapi saya telah memaklumkan kepadanya mengenai lagu serta muzik video 'Apa Khabar' sehari sebelum ianya dimuat naik di laman sosial. Saya menerima pesanan ringkas daripada Malique yang berbunyi ‘It’s a good video’ yang mana saya rasa dia juga menyukai video ini,” ujar Joe.-Gua.com.my
Joe Flizzow Ulas Tentang T-Shirt Jantan
Reviewed by uMieySurianie
on
August 14, 2014
Rating:
No comments: