Seo Services

Kes Tangkapan Dadah Meningkat Di Miri


MIRI: Seramai 409 individu ditahan di Bandaraya Miri kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh Januari hingga 10 Ogos tahun ini, meningkat 31 peratus berbanding 308 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee berkata nilai rampasan dadah berjumlah RM109,655 berbanding RM40,726 dalam tempoh sama tahun lepas.

"Dari segi rampasan dadah, syabu masih menjadi dadah paling banyak digunakan dengan 311.15 gram telah dirampas pada 1 Januari hingga 10 Ogos tahun ini berbanding 84.44 gram tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Gan berkata rampasan dadah jenis ganja menunjukkan penurunan apabila sebanyak 110.05 gram dirampas dalam tempoh yang sama pada tahun ini berbanding 942.96 gram pada tahun lepas.

"Dalam tempoh sama 66 orang ditangkap di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 berbanding 42 orang pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 57 peratus dan kini mereka dihantar ke Pusat pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)," katanya.- BERNAMA
Kes Tangkapan Dadah Meningkat Di Miri Kes Tangkapan Dadah Meningkat Di Miri Reviewed by Unknown on August 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.