Di negara luar terutamanya di Barat, perkahwinan pasangan sejenis samaada pasangan gay atau lesbian mungkin bukan asing lagi buat masyarakat di sana. Bagaimanapun, realiti kehidupan pasangan transgender ini memang betul-betul sebuah realiti yang mind-blowing.
Nick , 27 tahun ( seorang pengkid) dan Bianca 32 tahun (seorang nyah) telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan anak-anak ini bukan anak angkat sebaliknya anak kandung pasangan ini sendiri.
Walaupun sudah menukar jantina, pasangan transgender ini masih memanfaatkan organ seksual mereka dengan cara normal.
Jadi secara biologi, Nick yang bertindak sebagai ayah sebenarnya adalah ibu yang mengandung dan melahirkan anak-anak mereka manakala Bianca adalah penyumbang spermanya.
Bianca yang dilahirkan dengan jantina lelaki dengan nama asal Jason telah mula menukar jantina 13 tahun yang lalu telah menjalani pembedahan penambahan payudara namun tidak mengambil sebarang pil hormon wanita kerana sudah sedia kelihatan feminin secara semulajadi.
Nick pula bermula sebagai sebagai seorang tomboi dan hidup seperti seorang lelaki sejak berusia 20 tahun.
Kedua-duanya tidak membuat pembedahan jantina atas alasan kos yang terlalu tinggi dan ingin menjalani kehidupan seksual yang sihat. Anak-anak mereka memanggil Nick dengan panggilan ‘ayah’ dan Bianca pula ‘ ibu’.
Biasanya golongan LGBT ini akan dikaitkan dengan hubungan sejenis dan sesama jantina. Lain pula dengan kisah ini. Kalau difikirkan semula, perkahwinan ini tetap melibatkan perkahwinan lelaki dan wanita cuma masih tetap saja ” terbalik ” kerana jantina masing-masing sudah mengubah jantina.
sumber
Kisah sebenar disebalik pasangan 'transgender' ini
Reviewed by Unknown
on
August 12, 2014
Rating:
No comments: