Berikutan kejadian runtuhan konkrit MRT di Kota Damansara malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporatin mengumumkan peletakan jawatan serta merta.
Ia adalah sebagai memikul tanggungjawab selepas beberapa insiden yang berlaku dan yang terbaru apabila tiga pekerjanya maut tertimbus dalam satu kejadian runtuhan konkrit.
Sementara itu, dua lagi mayat telah ditemui dan berjaya dikeluarkan dari lokasi runtuhan terbabit.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dengan penemuan ini menjadikan ketiga-tiga mangsa yang dipercayai tertimbus berjaya dikeluarkan. konkrit runtuh.
Tambahnya mayat mangsa kedua telah dikeluarkan pada 1.52 petang, manakala mayat mangsa ketiga telah dikeluarkan tujuh minit selepas itu.
Ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kejadian tersebut berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit yang sedang dipindahkan.
Ketika kejadian konkrit seberat 490 tan itu tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri dengan melompat dari tebing terbabit.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) akan menerima laporan awal kejadian runtuhan itu dalam tempoh Seminggu.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan jangkamasa seminggu hanya melibatkan pasukan penyiasatan teknikal dan tidak termasuk laporan daripada pihak polis serta bomba.
“Kita sudah pasukan siasatan, selesai siasatan kita akan ambik tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab,” katanya yang sebelum itu melakukan tinjauan di lokasi kejadian bagi melihat dengan lebih dekat runtuhan yang berlaku.
Tambahnya, pengurusan jenazah ketiga-tiga mangsa akan diuruskan oleh MRT.
“Urusan mengenai jenazah pekerja warga asing akan diseliakan oleh pihak MRT dan kedutaan negera tersebut. Pihak kedutaan sudah diberitahu,” ujarnya.
Ditanya wartawan apakah kejadian ini merupakan ‘malang tidak berbau’, kata Syed Hamid, siasatan akan menentukan punca sebenar kejadian. - bnbbc.my
Konkrit runtuh: CEO MRT Corp umum letak jawatan serta merta
Reviewed by Unknown
on
August 19, 2014
Rating:
No comments: