SIBU, 19 Ogos (Bernama) -- Peminat K-pop akan berpeluang menyaksikan persembahan itu apabila satu kumpulan muzik popolar dari Korea diundang beraksi pada Festival Kebudayaan Borneo (BCF) di padang perbandaran di sini pada Jumaat dan Sabtu ini.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King berkata sebuah kumpulan tarian K-Pop Korea dikenali sebagai 'Hot-6', mengesahkan kehadirannya untuk menghiburkan penonton pada festival tahunan itu.
"Hot-6 akan datang bersama kumpulan 'Samunori', kumpulan kebudayaan Korea empat anggota, yang akan memainkan empat jenis alat genderang tradisional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dua lagi kumpulan luar negara yang akan mengadakan persembahan pada festival itu ialah kumpulan tarian tempat terbuka terkenal dari Taiwan, Tsai Menh Ying, dan METAdomus, sebuah kumpulan muzik kontemporari dari Indonesia.
Tiong berkata sebelum persembahan dimulakan Jumaat ini, tafakur selama seminit diadakan bagi memperingati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.-- BERNAMA
No comments: