Seo Services

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Kuching buat mangsa MH17


Satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta berkabung untuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu telah diadakan dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan.

Majlis Islam Sarawak bersama agensi-agensi Islam dibawahnya serta jabatan kerajaan di Majma' Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah mengadakan majlis itu sempena Hari Perkabungan Negara hari ini.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu diketuai oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Jogi Suhaili bagi bacaan Yasin dihadiri oleh kira-kira 200 orang hadir dari Pejabat Majlis Islam Sarawak, Pejabat Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sarawak (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Turut hadir dari Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pejabat Daerah Bahagian Kuching, Perpustakaan Dewan Bandaraya Kuching utara, Tabung Baitulmal Sarawak, Biro Perkhidmatan Pendidikan dan Pusat Penerangan Islam, Majlis Islam Sarawak.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) juga turut mengadakan Majlis Mengenang MH17: DBKU Berkabung di ibu pejabatnya yang dihadiri semua kakitangan mereka.

Pada hari ini, 20 jenazah mangsa insiden MH17 akan tiba dengan pesawat khas yang membawa kumpulan pertama jenazah yang berlepas dari Amsterdam pukul 9.15 malam (waktu Malaysia). - Sarawakiana
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Kuching buat mangsa MH17 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Kuching buat mangsa MH17 Reviewed by Admin on August 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.