Seo Services

Suasana Bertafakur di Medan Niaga Kuching


KUCHING 22 Ogos - Penduduk Sarawak turut bersama rakyat diseluruh negara memberi penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi pesawat MH17 dengan bertafakur selamat seminit sebaik sahaja kesemua jenazah dikeluarkan dari pesawat khas pada tepat pukul 10.55 pagi.

Bagi penduduk Bandaraya Kuching, Medan Niaga Satok ditetapkan sebagai lokasi bertafakur sebentar tadi.
Warga Kuching bertafakur di Medan Niaga Satok
Rakyat berbilang agama bertafakur memberi penghormatan

Sementara itu jenazah dua beranak warga Sarawak dijangka tiba di Pengkalan TUDM Kuching kira-kira jam 3 petang ini.

Jenazah Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulungnya Muhammad Afif Tambi, 19, akan dibawa ke Masjid Jamek, di Petra Jaya untuk disembahyangkan, sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam Semariang. - Sarawakiana



Suasana Bertafakur di Medan Niaga Kuching Suasana Bertafakur di Medan Niaga Kuching Reviewed by Admin on August 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.