Seo Services

Pencapaian Agrobank Di Sarawak Menggalakkan


KUCHING: Agrobank mencatatkan pencapaian yang amat menggalakkan dalam operasinya di Sarawak dengan jumlah pembiayaan baharu yang diluluskan sehingga Julai tahun ini melebihi RM100 juta.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata bilangan pelanggan Agrobank di Sarawak juga semakin bertambah seiring peningkatan aktiviti dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

"Agrobank terus komited untuk mendukung mandat membangunkan sektor pertanian negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Agrobank di sini sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh 44 tahun penubuhannya, Agrobank memainkan peranan penting dalam menyediakan pembiayaan untuk sektor pertanian di Malaysia, dengan segmen pembiayaan pertanian menyumbang 10.2 peratus atau RM3.6 bilion daripada keseluruhan RM31.7 bilion pasaran pembiayaan pertanian pada 2013.

Menurutnya Agrobank merupakan institusi kewangan pembangunan (DFI) yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membangunkan bidang pertanian dengan menyediakan pembiayaan dan kemudahan kredit terutamanya kepada usahawan pertanian.

Beliau juga berkata Agrobank sedang giat menjalankan proses penukaran akaun pembiayaan dan deposit konvensional kepada akaun produk yang patuh syariah dalam usaha ke arah operasi perbankan Islam sepenuhnya pada 2015.

"Pihak bank berharap dengan perubahan ini pelanggan bank akan berasa lebih yakin menggunakan produk pembiayaan dan deposit kami yang mematuhi prinsip syariah," katanya.

Dalam satu majlis di sini hari ini, Wan Mohd Fadzmi menyerahkan wang zakat perniagaan Agrobank Sarawak berjumlah RM107,734.38 kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang menerimanya bagi pihak Tabung Baitulmal Sarawak di Astana Negeri di sini.- BERNAMA
Pencapaian Agrobank Di Sarawak Menggalakkan Pencapaian Agrobank Di Sarawak Menggalakkan Reviewed by Unknown on August 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.