Seo Services

Peraturan Hari Berkabung Malaysia


Tragedi MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Tarikh 22 Ogos 2014 dipilih sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine.

Pada 22hb Ogos 2014,

1. Pada hari tersebu, jenazah/mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.

2. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

3. Kerajaan akan menerima 16 dariapa 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda MH17.


PERATURAN/PANDUAN SEMASA HARI BERKABUNG MALAYSIA
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang.
  • Bagi yang beragaama Islam dan terlibat secara langsun, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam.
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Peraturan Hari Berkabung Malaysia Peraturan Hari Berkabung Malaysia Reviewed by Unknown on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.