Seo Services

Pusat Pemeriksaan Imigresen Sungai Tujuh Dijangka Kendali Tiga Juta Pelawat Tahun Ini


MIRI: Pusat pemeriksaan imigresen di Sungai Tujuh sempadan Malaysia-Brunei dijangka mengendalikan lebih tiga juta pelawat tahun ini berbanding 2.9 juta tahun lepas.

Menteri Muda Komunikasi Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata pusat pemeriksaan imigresen itu mengendalikan purata 250,000 pelawat sebulan dari Januari hingga Julai tahun ini, dengan keadaan sesak didapati berlaku ketika cuti sekolah dan musim perayaan.

"Kami menerima banyak sungutan daripada orang ramai bahawa keadaan orang ramai perlu berbaris panjang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kini semakin teruk, terutama pada musim puncak, yang kadangkala memerlukan seseorang berbaris hingga lebih tiga jam," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat tergempar dengan pengarah imigresen CIQ Sungai Tujuh Yahya Suhaili dan datuk Bandar Miri Lawrence Lai bagi mencari jalan mengatasi kesesakan di pusat pemeriksaan itu.

"Selepas berbincang dengan Jabatan Imigresen, saya minta masalah itu diselesaikan menjelang akhir tahun ini atau pada awal 2015," katanya dan menjelaskan bahawa walaupun Kompleks CIQ Sungai Tujuh mempunyai 22 kaunter, tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

Beliau berkata ketika ini hanya 17 kaunter digunakan setiap hari.

"Saya difahamkan bahawa disebabkan kekurangan tenaga kerja, jabatan itu tidak dapat membuka semua kaunter pada musim puncak dan untuk menyelesaikan masalah ini, saya meminta jumlah petugas ditambah dengan secepat mungkin memandangkan Sungai Tujuh adalah pintu masuk utama ke Sarawak melalui darat," katanya.

"Di samping menambah jumlah anggota Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Miri pula diminta memprcepatkan pelaksanaan projek landskap berharga RM1.5 juta di Kompleks CIQ Sungai Tujuh, termasuk cadangan pembinaan pintu gerbang," katanya.

Lee berkata Jabatan Imigresen juga diminta bekerjasama dengan majlis perbandaran itu untuk mengenal pasti tempat sesuai bagi pembinaan tandas awam di kawasan berkenaan.- BERNAMA
Pusat Pemeriksaan Imigresen Sungai Tujuh Dijangka Kendali Tiga Juta Pelawat Tahun Ini Pusat Pemeriksaan Imigresen Sungai Tujuh Dijangka Kendali Tiga Juta Pelawat Tahun Ini Reviewed by Unknown on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.