Seo Services

Satelit Khusus Boleh Tingkatkan Kedudukan Sarawak Dalam Ekonomi Global


KUCHING: Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sarawak boleh ditingkatkan lagi jika negeri ini mempunyai satelit perhubungan yang khusus, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, di sini semalam.

Beliau berkata mengikut pandangan peribadinya, Sarawak juga mampu meraih manfaat jika memiliki satelit bagi menempatkan negeri ini pada kedudukan yang baik dalam ekonomi global.

"Banyak perubahan telah berlaku dalam landskap ekonomi global, dan kita perlu membuat persiapan yang betul. Dalam hal ini, saya kira kita harus memberi keutamaan mengenai pelaburan. Jika saya diberikan pilihan, saya akan melabur dalam sistem satelit," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Antarabangsa Borneo Keenam Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 2014.

Abang Johari berkata ICT dan teknologi akan menjadi kekuatan Sarawak untuk bersaing dalam ekonomi baharu dunia.

Beliau berkata pemacu yang lain termasuk teknologi nano dan teknologi neuro. Beliau berkata kerajaan negeri telah memohon dana persekutuan sebanyak RM500 juta untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi di Sarawak sebagai asas untuk ICT.

"Saya akui kita masih perlu membuat lebih banyak lagi pelaburan dalam infrastruktur komunikasi. Sebaik saja kita ada kemudahan berkenaan, ICT boleh menjadi penghubung maya," katanya.

Mengenai pembangunan bioteknologi, beliau berkata kedudukan global Sarawak boleh diperkukuh lagi jika lebih banyak penyelidikan dan pembangunan produk daripada pelbagai bahan mentah yang ada.-BERNAMA
Satelit Khusus Boleh Tingkatkan Kedudukan Sarawak Dalam Ekonomi Global Satelit Khusus Boleh Tingkatkan Kedudukan Sarawak Dalam Ekonomi Global Reviewed by Unknown on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.