Seo Services

Regatta Sarawak Kembali lagi pada 4 hingga 7 September

KUCHING – Sempena dengan Sarawak Regatta 2014, orang ramai dijemput hadir bersama-sama memeriahkan pelbagai acara sepanjang Sarawak Regatta 2014 di Tebingan Kuching pada 4 hingga 7 September ini.

Acara tersebut akan dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Acara sukan air Sarawak ini yang telah bermula dari tahun 1892 telah menarik puluhan ribu pengunjung setiap tahun.

Pagi 4 September, acara lumba perahu akan berlangsung pada sebelah pagi dan juga petang. Laluan acara ini bermula dari barat sungai Sarawak ke garisan penamat iaitu sungai di Kuching Waterfront pada jarak 2,000 meter.

Acara ini dikategorikan oleh 30 pengayuh yang akan merebut gelaran Raja Sungai. Perahu panjang tempatan akan membawa 7 hingga 30 pengayuh mengikut kategori yang dipertandingkan.

Pada sebelah malam, akan berlangsung acara yang menarik iaitu Persembahan Kebudayaan.

Pada keesokannya, satu lagi Acara Lumba Perahu kategori akan berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Pada masa yang sama orang ramai dijemput memeriahkan Festival Keusahawanan dan promosi kraf dan Festival Makanan juga diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam selama 3 hari sehingga Ahad.

Peserta yang akan mengambil bahagian dalam Promosi Kraf Malaysia adalah seramai 60 usahawan kraf di seluruh Malaysia.

Pada malam itu juga, Pesta Gendang Melayu kategori kanak-kanak berlangsung dari pukul 8.30 hingga 10.00 malam.

Pada 6 September, Majlis Perasmian diadakan diikuti dengan Brooke Swim, Sarawak International Dragon Boat Regatta dan pertandingan menangkap itik akan berlangsung pada sebelah paginya.

Acara Sarawak International Dragon Boat Race diadakan di peringkat antarabangsa dan akan berlangsung pada petang Sabtu dan pagi Ahad.

Dalam acara ini 15 pasukan dari sebelas buah negara akan dipertandingkan dalam empat kategori untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Cabaran pertama adalah acara anggota gabungan Persekutuan Antarabangsa Perahu Naga.

Manakala, Pesta Gendang Melayu kategori bukan melayu berlangsung pada sebelah malamnya.

Pada hari terakhir acara, Sarawak International Dragon Boat berlangsung dari jam 9.00 hingga 12.00 tengah hari. Pada masa yang sama, Festival Keusahawanan, promosi kraf dan Festival makanan juga dijalankan sehingga 10.00 malam.

Sementara, pada sebelah petang acara kemuncak Lumba Perahu berlansung pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. 
(Sumber: RTM Sarawak)
Regatta Sarawak Kembali lagi pada 4 hingga 7 September Regatta Sarawak Kembali lagi pada 4 hingga 7 September Reviewed by Admin on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.