Seo Services

Sarawak Mahu Dana Elektrik Kepada Seluruh Penduduk

KUCHING, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan dana tambahan bagi menyediakan bekalan elektrik kepada seluruh penduduk di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sehingga kini, liputan tenaga elektrik meningkat kepada 87.2 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk.

Beliau berkata kerajaan negeri merancang menyediakan tenaga di kawasan pedalaman kepada bilangan penduduk yang kecil, terpencil dan berselerak.

Untuk melakukannya, beliau yang juga Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata ia memerlukan inovatif dan teknologi baharu seperti hidro mini, hibrid solar atau biomass beserta rangkaian grid.

"Sarawak Energy Berhad (SEB) boleh melakukan kajian dan mengenal pasti bagimanana penduduk di pedalaman boleh menikmati kemudahan yang sempurna," katanya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri SEB 2014 di sini, Khamis.

Awang Tengah berkata SEB diberi tanggungjawab untuk memenuhi permintaan tenaga yang kini berkapasiti 1,250MW dan dijangka meningkat kepada 5,103MW menjelang 2020.

Beliau berkata pertumbuhan pesat tenaga adalah berikutan permintaan besar industri yang dijangka dibina di bawah SCORE dan pertumbuhan organik tempatan.

"Pertumbuhan pesat bermakna SEB perlu memperkembang sistemnya termasuk membina loji tenaga yang baharu terutama tenaga hidro dan loji arang batu, membina dan memperkukuh talian pencawang dan edaran," tambahnya.

Beliau berkata penyiapan 944MW HEP set pertama yang boleh digunakan akhir tahun ini membuktikan keupayaan SEB untuk memenuhi hasrat untuk menjadi negeri maju menjelang 2020.

Bergantung kepada permintaan, beliau berkata kawasan empangan hidro yang lain turut dirancang untuk dibangunkan, sebagai contoh 1000MW di Baram dan HEP Baleh.

Empangan hidro yang lebih kecil, di kawasan yang belum disambung kepada grid, turut dirancang bukan sahaja untuk memenuhi pemintaan tetapi mengurangkan kebergantungan kepada bahan fosil, tambahnya.

-- BERNAMA
Sarawak Mahu Dana Elektrik Kepada Seluruh Penduduk Sarawak Mahu Dana Elektrik Kepada Seluruh Penduduk Reviewed by Admin on August 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.