Seo Services

Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan?

 
Berita yang agak menyedihkan untuk peminat filem Bollywood amnya dan peminat Aamir Khan khususnya. Pelakon hebat yang menunjukkan mutu lakonan tahap tertinggi dalam filem Three Idiots ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan. Menurut Aamir Khan, keputusan ini diambil kerana peminat tidak lagi mahu melihat lakonannya.
 
Bagi Abang Nara filem Three Idiots adalah salah satu filem terbaik Bollywood yang pernah Abang Nara lihat. Memang lain daripada yang lain. Agak rugi juga sekiranya Aamir Khan bersara. Namun Abang Nara pasti pelakon hebat ini telah berfikir semasak-masaknya sebelum mencapai keputusan ini. Kata Aamir:-
Baru-baru ini kami telah melancarkan sebuah filem berjudul PK dan pada waktu tersebut kebanyakan wartawan menemu bual pelakon lain dan bukan saya, padahal saya yang memegang watak utama dalam filem tersebut. Disebabkan hal itu, saya sedar kini diri ini tidaklah sehebat dan terkenal berbanding dahulu. Justeru, saya mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.

Walaupun tidak lagi berlakon, diharap Aamir Khan akan terus mengarah filem Bollywood. Mungkin sudah tiba masa untuk Aamir membentuk pelakon generasi baru untuk menjadi sehebat dirinya satu ketika dahulu. Good luck and all the best buat Aamir Khan. Apa lagi filem lakonan Aamir Khan yang menjadi kegemaran anda? Kongsikan di ruangan komen.-Beautifulnara
Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan? Aamir Khan Bersara Daripada Dunia Lakonan? Reviewed by uMieySurianie on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.