Seo Services

Hujan Renyai Iringi Jenazah Kumpulan Ketiga MH17

Jenazah MH17 2

Suaratv:- Sepang: Sembilan jenazah mangsa nahas MH17 selamat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi. Pesawat kormersial MH19 yang membawa tujuh jenazah rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda itu memasuki pekarangan Kompleks Bunga Raya kira-kira jam 8.30 pagi.

Sebaik pesawat yang dipandu Kapten Azlan Aboo Bakar berhenti di hadapan khemah utama yang menempatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 dimulakan.

Suasana semakin pilu apabila hujan renyai mula membasahi pekarangan Kompleks Bunga Raya. Ahli keluarga dan hadirin yang hadir memberi sepenuh tumpuan di saat jenazah pertama iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin diturunkan daripada pesawat.

Lima jenazah dibawa dalam keranda dan empat lagi dalam bekas abu. Turut diberi penghormatan pada hari ini dua rakyat Belanda, Paul Goes dan Fan Shun Po.

Tepat jam 8.58 pagi sebaik jenazah terakhir dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, hadirin diminta berdiri dan bertafakur selama seminit.

Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.

Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala dua jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.

Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.
Hujan Renyai Iringi Jenazah Kumpulan Ketiga MH17 Hujan Renyai Iringi Jenazah Kumpulan Ketiga MH17 Reviewed by Unknown on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.