Seo Services

"Ahli kami tidak terlibat dengan rusuhan" - GB13


Penyokong tegar Sarawak FA, GB13 menyatakan ahli-ahli mereka tidak terlibat dengan rusuhan yang berlaku selepas perlawanan berakhir di Stadium Negeri pada Sabtu lepas.

Menurut jurucakap mereka, Awang Khairul Adzhar berkata, penyokong GB13 kekal berada di teres ketika rusuhan meletus di luar stadium.

“Kami tetap bernyanyi walaupun keputusan seri 1-1 di antara Sarawak dan Perak. Dakwaan yang mengatakan bahawa GB13 mnghasut rusuhan amat tidak adil,” lapor Utusan Borneo.

Apabila ditanya mengenai komen di media sosial yang menuduh GB13 membawa punca rusuhan di luar, yang mengakibatkan kerosakan tujuh kenderaan polis, Awang Khairul berpendapat tindakan tersebut satu tindakan yang tidak berasas.

Rusuhan tersebut berlaku ekoran insiden di Ipoh,Perak di mana peminat Perak didakwa menyerang lima penyokong Sarawak dan melemparkan kata-kata kesat yang melibatkan isu perkauman.

"Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyatakan mereka telah membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai insiden tersebut, tetapi ia hanya laporan semata-mata. Tiada apa-apa yang tindakan yang dilakukan."

Beliau juga berkata penyokong dan Sarawak secara keseluruhannya muak dengan cara FAM melayan Sarawak, manakala media Semenanjung seolah-olah tidak memandang insiden di Perak.

“Adakah ini hanya kerana kita rakyat Sarawak?”

"Kami bersedia untuk membantu FAS pada masa akan datang dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi."

Awang Khairul berkata apa yang penting adalah untuk FAS untuk menjaga hubungan yang sangat baik dengan penyokong.

Awang Khairul juga berkata kejadian pada malam Sabtu adalah satu pengajaran untuk semua orang, termasuk GB13, bahawa bola sepak merupakan satu permainan yang sangat emosi untuk semua orang.
"Ahli kami tidak terlibat dengan rusuhan" - GB13 "Ahli kami tidak terlibat dengan rusuhan" - GB13 Reviewed by Unknown on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.