Bekas teman wanita Alvin Tan , Vivian Lee menyatakan beliau tidak terkejut sekiranya bekas teman lelakinya itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Vivian, Alvin pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini.
"Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS," kata Lee dalam mesej Facebooknya kepada The Star Online pada Isnin.
Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat dan berada dalam keadaan 'OK' berada di AS.
"Saya tidak kecewa dan tidak menyalahkannya." kata Vivian.
Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons.
Alvin dan Vivian Lee sebelum ini didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di [pautan] mengikut Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.
Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.
Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Sekai lagi Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.
"Bukan Satu Hal Yang Mengejutkan Jika Alvin Lari Dari Jaminan" - Vivian Lee
Reviewed by Unknown
on
September 29, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 29, 2014
Rating:

No comments: