Seo Services

RM1.271 Juta Dicuri Dari Enam Mesin ATM Affin Bank Tak Jejaskan Akaun Pelanggan


KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank pada Isnin.

Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.

"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," kata bank berkenaan.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.

"Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat," menurut kenyataan itu.

Laporan menyebut sekumpulan warga asing dipercayai menggunakan sim kad telefon dan peranti lain untuk menggodam mesin ATM itu.

Suspek dalam kes penipuan pengeluaran wang itu kelihatan seperti berketurunan Amerika Latin atau Timur Tengah.

Polis masih menyiasat insiden itu.

Sehubungan itu, Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd hari ini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa akaun mereka tidak terjejas susulan kejadian kecurian wang tunai daripada enam mesin ATM bank itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan bank berkenaan sementara menunggu hasil siasatan polis, mereka telah melaksanakan langkah kawalan tambahan di semua ATM di cawangan-cawangan dan di lokasi luar daripada bank.

"Kami memantau situasi tersebut untuk memastikan pelanggan kami terus dapat melaksanakan perbankan mereka dengan selamat," menurut Affin Bank dan Affin Islamic dalam kenyataan bersama. - Bernama
RM1.271 Juta Dicuri Dari Enam Mesin ATM Affin Bank Tak Jejaskan Akaun Pelanggan RM1.271 Juta Dicuri Dari Enam Mesin ATM Affin Bank Tak Jejaskan Akaun Pelanggan Reviewed by Salfian Nawawi on September 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.