Seo Services

Kebakaran di Batu 7, Kota Sentosa Kuching awal pagi tadi.


KUCHING,2 September : Sebuah gudang minuman, dua buah bengkel motosikal dan dua buah rumah telah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kota Sentosa, Kuching pada awal pagi ini.

Kebakaran tersebut yang berlaku lebih kurang pada jam 5pagi dimana pihak bomba telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam5.08 pagi.

Sementara itu, menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata bahawa pihak mereka menerima panggilan telefon pada jam 5.08 dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.



Difahamkan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Padungan dengan kekuatan seramai 21 orang anggota telah dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.09 pagi.

Jumlah kerugian dianggarkan bernilai lebih 600 ribu ringgit Malaysiadan punca kebakaran masih disiasat.-Sarawakiana

Sumber:RTMSarawak
Kebakaran di Batu 7, Kota Sentosa Kuching awal pagi tadi. Kebakaran di Batu 7, Kota Sentosa Kuching awal pagi tadi. Reviewed by Unknown on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.