Seo Services

Pemberontak Syria buat tiga tuntutan bebas 45 askar Fiji diculik

2 SEPT: Komander tentera Fiji berkata pemberontak Syria membuat tiga tuntutan bagi pembebasan 45 anggota pasukan pengamannya yang ditahan selama lima hari.

Brig. Jen. Mosese Tikoitoga berkata Barisan Nusra yang berkaitan al-Qaeda menuntut agar ia dikeluarkan daripada senarai pengganas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mahukan supaya bantuan kemanusiaan dihantar ke beberapa bahagian di ibu negara Syria, Damsyik dan menuntut pampasan bagi tiga anggotanya yang terbunuh dalam kejadian tembakan dengan pasukan PBB.

pemberontak syriaTikoitoga tidak menyatakan sama ada tuntutan itu akan dilayan dengan secara serius.

Katanya, PBB sudahpun menghantar perunding tebusan ke Syria bagi mengambil alih rundingan daripada pemimpin tentera.

“Rundingan sudah dianjak satu tahap lagi di mana perunding profesional dipanggil,” katanya.

Barisan Nusra itu menculik askar Fiji terbabit pada pagi Khamis lalu dan menahan mereka di tempat yang tidak diketahui.

Pemberontak terbabit juga mengepung unit Filipino yang berkhidmat dengan misi PBB. Tikoitoga juga mengumumkan nama 45 askar yang ditahan itu, diketuai Kapten Savenaca Siwatibau Rabuka. – AP

Pemberontak Syria buat tiga tuntutan bebas 45 askar Fiji diculik Pemberontak Syria buat tiga tuntutan bebas 45 askar Fiji diculik Reviewed by JANUARIUS on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.