Seo Services

Kedai Rakyat Borneo Mart sasar buka cawangan di Seluruh Sarawak.



BINTULU : Kerajaan menyasarkan membuka sebanyak 20 buah Kedai Rakyat Borneo Mart di seluruh negeri Sarawak dalam tahun ini.


Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais berkata, ketika ini kerajaan telah membuka sebanyak 3 buah Kedai Rakyat Boneo Mart setakat ini iaitu di Merapok, Lawas, Simunjan dan Bintulu.

Pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK setakat ini telah menerima kira-kira 15 permohonan bagi menyertai program Kedai Rakyat Borneo Mart dimana masih dalam proses kelulusan, tambahnya.

Kedai Rakyat Borneo Mart ini menawarkan harga berpatutan bagi barangan dan produk keperluan harian.disamping itu memasarkan produk yang keluaran tempatan oleh FAMA,FELDA dan para usahawan tempatan di negeri ini.

Di bawah program tersebut, para pengusaha layak menerima subsidi penghantaran barangan daripada kerajaan ke kawasan pedalaman bagi memastikan harga yang sama dinikmati oleh rakyat di kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak, katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kedai Rakyat Borneo Mart di Bintulu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Sarawak, Stanley Tan memberitahu pihaknya komited dalam memantau mengenai jualan barangan khususnya barangan keperluan harian pada harga berpatutan di kedai-kedai yang menyertai program tersebut nanti.-Sarawakiana



Sumber:RTMSarawak.
Kedai Rakyat Borneo Mart sasar buka cawangan di Seluruh Sarawak. Kedai Rakyat Borneo Mart sasar buka cawangan di Seluruh Sarawak. Reviewed by Unknown on September 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.