Seo Services

Najib Doakan Kejayaan Pelajar Yang Duduki Semula UPSR


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, pada Selasa dan 9 Okt ini.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau turut memuji kesabaran ibu bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu.

"Selamat maju jaya kepada para pelajar yang terlibat dengan UPSR esok.

"Terima kasih ibu bapa dan guru-guru atas kesabaran. Moga usaha semua mendapat berkat," kata Najib.

Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung esok.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.

Sebanyak 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara. - Bernama
Najib Doakan Kejayaan Pelajar Yang Duduki Semula UPSR Najib Doakan Kejayaan Pelajar Yang Duduki Semula UPSR Reviewed by Salfian Nawawi on September 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.