Seo Services

Adik Allahyarham Hussein Onn, Jaafar Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Jaafar Onn, 81, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada Selasa malam.

Menurut jurucakap media Kementerian Pertahanan, Allahyarham yang juga adik bekas Perdana Menteri Ketiga Tun Hussein Onn, meninggal dunia pukul 7.45 malam dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zuhur pada Rabu.

Allahyarham, yang juga bapa saudara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, meninggalkan seorang balu Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua anak.

Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Mac 1933 di Singapura, menyertai angkatan tentera pada 1952 dan bersara tahun 1983.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ngee Heng dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak sebelum melanjutkan pengajian di bidang ketenteraan di Officer Cadet School (OCS), Eaton Hall Cheshire, England (1953); Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), England (1955); British Staff College, Camberly, England (1962); dan Royal College Defence Studies (RCDS), England (1978).-Bernama
Adik Allahyarham Hussein Onn, Jaafar Meninggal Dunia Adik Allahyarham Hussein Onn, Jaafar Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.