Seo Services

'Ah Hai' Beri Keterangan Insiden Serangan Bom Tangan


KUALA LUMPUR: 'Ah Hai', dipercayai sasaran utama dalam serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang Khamis lepas, tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu pada Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Ah Hai, yang dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster', hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pukul 9 malam.

"Kenyataannya telah direkod sehingga pukul 11.45 malam. Dia didapati tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Setakat ini, percakapan sejumlah 17 saksi direkod dan polis sedang meneliti rakaman CCTV di tempat kejadian.

Dalam insiden itu, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan oleh kumpulan kongsi gelap, joki kereta Tiong Kwong Yie, 36, maut manakala 12 lagi cedera termasuk pelancong asing.

Khairi juga berkata dua mangsa masih dirawat di hospital manakala 10 yang lain sudah dibenarkan keluar.

Beliau berkata polis memohon kerjasama pihak klinik atau hospital swasta yang ada menerima dan merawat mana-mana pesakit yang cedera akibat serpihan bom membuat laporan di balai berhampiran.

"Mereka yang mempunyai maklumat, cedera atau mengalami kerosakan harta benda semasa kejadian itu juga boleh tampil di balai polis berhampiran bagi memudahkan siasatan," katanya. - Bernama
'Ah Hai' Beri Keterangan Insiden Serangan Bom Tangan 'Ah Hai' Beri Keterangan Insiden Serangan Bom Tangan Reviewed by Salfian Nawawi on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.