Nampaknya aktivis pemisah Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bertindak agak keterlaluan dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyalahkan Ketua Menteri Sarawak yang mahu Sarawak kekal di dalam Malaysia.
Hal ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Sarawak yang selama ini menyokong dan menjadi tulang belakang kepada ketelusan pemerintahan Tan Sri Adenan Satem sejak beliau menjadi Ketua Menteri pada awal tahun ini.
Rakyat Sarawak menganggap tindakan Beng Kor itu agak keterlaluan dan hanyalah salah satu propaganda murahan.
Beng Kor merupakan seorang penyokong PKR dari Malaya dan salah seorang penyokong tegar yang mahukan Sarawak keluar dari Malaysia.
Mungkin beliau rasa sokongan rakyat terhadap BN Sarawak semakin meningkat dan dengan adanya provokasi sebegitu beliau rasa gah dan mampu membuatkan rakyat berpaling kepada pihak 'pembangkang'.
Kenyataan Adenan Satem yang mahukan Sarawak kekal berada di dalam Persekutuan Malaysia sekaligus menggagalkan usaha SSKM untuk membawa keluar Sarawak dari Malaysia.
Beliau menghina Adenan sebagai seorang yang 'bongok' dan 'tiada otak'. Beliau juga menyelar Sarawak tidak akan maju jika mempunyai pemimpin seperti Adenan.
Pemerintahan Adenan Satem jelas mudah diterima rakyat Sarawak biarpun usianya masih belum mencecah setahun dan masih lagi terngiang-ngiang pemerintahan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Bagaimanapun laporan polis telahpun dibuat keatas beliau dan berkemungkinan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan.-Sarawakiana
Aktivis SSKM 'Memfitnah' Ketua Menteri Sarawak
Reviewed by Unknown
on
October 27, 2014
Rating:
No comments: