Sejak isu kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen, ramai rakyat yang melenting dengan isu ini.
Rata-rata mereka berpendapatan jangka masa kenaikan harga itu tidak wajar kerana ia baru dilakukan pada tahun lalu dan adalah sukar untuk menyerap kenaikan harga pada kali ini.
Mesej yang diambil melalui rangkaian whatapps oleh seorang blogger.
Contoh:
- Isi dalam liter : 1 Liter harga RM 2.30
- Isi minyak RM23 jadi 10 liter
- Isi minyak RM46 jadi 20 liter
- Isi minyak RM69 jadi 30 liter
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. Selepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga dua tempat perpuluhan sahaja.
Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 40.
Bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi minyak RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. Itu kalau 1000 orang, kalau 10 hari? sebulan?
Itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja.
Bayangkan, brapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.
Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40.
Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RINGGIT MALAYSIA, bukannya ikut nilai LITER.
Kalau difikirkan balik memang ada betul juga. Jadi, apa pendapat anda?
Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter, Bukannya Ringgit
Reviewed by Unknown
on
October 13, 2014
Rating:
No comments: