Seo Services

Gosip Nakal Tidak Menjatuhkan Erin Malek


Pelakon muda Nur Arina Binti Abdul Malek, 20 atau lebih dikenali sebagai Erin Malek bersama pasangan Mohamed Farriz bin Mohamed Fauzy telah selamat diijab kabulkan dengan bersaksikan oleh bapa tirinya, Encik Fakhruddin.

Pasangan yang memilih konsep Sweet Garden ini telah selamat diijab kabulkan dengan satu kali lafaz sahaja dan telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Zainal Abidin.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Kediaman Erin sendiri di Duta Suria Residency, Ampang.

Ada sahaja gosip yang akan melanda diri seorang artis walaupun telah mendirikan rumah tangga. Pasangan pengantin baru ini menjelaskan sendiri yang mereka tidak terkesan dengan gosip-gasip nakal yang melanda diri mereka.

Erin ada baca dan nak tergelak pun ada, bagi Erin ketika itu kami masing-masing sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan tetapi tiba-tiba timbul pula gosip yang sebegini dan Erin tak kisah pun, ujarnya sejurus selesai upacara akad nikah laporan rotikaya.

Farriz pula menjelaskan bahawa dia terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya mengenai gosip tersebut supaya tidak timbul salah faham antara satu sama lain.

Apapun, pasangan ini memang kelihatan sangat berseri-seri di hari bahagia mereka. Kita doakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat melayari alam rumah tangga.-Rotikaya
Gosip Nakal Tidak Menjatuhkan Erin Malek Gosip Nakal Tidak Menjatuhkan Erin Malek Reviewed by uMieySurianie on October 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.