Seo Services

#Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM375 Juta Laksana 'SME Investment Partner'


KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam aktiviti ekonomi, kerajaan mencadangkan pelaksanaan 'SME Investment Partner'.

Melalui program berkenaan, RM375 juta akan disediakan untuk tempoh lima tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata PKS akan diberikan bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau kedua-duanya terutamanya di peringkat permulaan.

"Dana permulaan berjumlah RM375 juta akan disediakan untuk tempoh lima tahun, dengan RM250 juta daripada SME Bank dan RM125 juta daripada pelabur swasta.

Di bawah SME Corp pula, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan untuk program Business Accelerator (Pemacu Perniagaan)," kata beliau.

Najib berkata bagi meningkatkan penggunaan teknologi baharu, automasi dan inovasi dalam pemabngunan PKS pula, sebanyak RM80 juta diperuntukkan untuk skim pinjaman mudah automasi dan permodenan PKS di bawah Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

"Tekun juga menyalurkan pinjaman berjumlah RM3.1 bilion kepada hampir 300,000 peminjam dengan had pembiayaan antara RM1,000 dan RM100,000.

"Pada 2015, Tekun akan meneydiakan tambahan dana pembiayaan sebanyak RM500 juta," kata beliau dan menambah yang daripada peruntukan itu, RM350 juta diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera yakni hampir 33,000 orang peminjam baharu.

Sementara itu, usahawan India, program pembangunan usahawan wanita muda profesional dan usahawan bekas tentera, masing-masing akan mendapat RM50 juta daripada peruntukan tersebut.

Beliau berkata bagi membantu PKS kaum Cina, kerajaan akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM50 juta manakala bagi penjaja dan peniaga kecil sebanyak RM30 juta. - Bernama
#Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM375 Juta Laksana 'SME Investment Partner' #Bajet2015 : Kerajaan Peruntuk RM375 Juta Laksana 'SME Investment Partner' Reviewed by Salfian Nawawi on October 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.