KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) berharap Bengkel Mereka Aplikasi Mudah Alih yang dianjurkan pihaknya bakal memberi manfaat kepada golongan ahli dan warga belia di seluruh negeri.
Menurut Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi, ia merupakan perkongsian maklumat kali ketiga yang dijalankan pihaknya dengan SAINS dan MDec untuk melibatkan ahli SABERKAS terlibat dalam aktiviti ICT.
“ICT merupakan industri yang menguntungkan kepada warga belia dan jika ia diguna pakai dan penggunaan sepenuhnya akan memberikan keuntungan dan ramai yang telah menjadi jutawan.
“Ia turut menjadi tanggungjawab kami untuk membawa ahli ke dalam industri ini,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Kandungan Mudah Alih di Pusat Latihan SAINS di sini semalam.
Beliau juga menyatakan bahawa pengguna internet banyak yang dipengaruhi maklumat negatif yang disiarkan di laman sosial.
Justeru, pihaknya masih di tahap perbincangan untuk membantu pihak bertanggungjawab membanteras penyalahgunaan tersebut di peringkat akar umbi.
Tegas beliau dengan adanya pendedahan kandungan mudah alih yang dijalankan pihaknya bakal menyedarkan golongan belia akan tanggungjawab menggunakan ia dengan cara yang betul untuk sebaran maklumat.
“Untuk mereka sebuah aplikasi telefon tidak memerlukan seseorang itu memegang sebarang ijazah atau sijil tetapi perlu mempunyai minat dan kafahaman dan mahu belajar, akan menjadikan ia kenyataan,” katanya.
Dr Abdul Rahman berkata seramai 132,000 ahli SABERKAS bakal mendapat manfaat daripada program itu yang pernah dijalankan di Miri dan Kuching sebelum ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Datuk Teo Tien Hiong dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) Mohd Asrul Sulaiman. - UB
Bengkel Diharap Beri Manfaat Kepada Ahli SABERKAS, Belia
Reviewed by JANUARIUS
on
October 14, 2014
Rating:
No comments: