SIBU: Polis percaya ahli perniagaan yang terselamat dalam serangan beberapa lelaki malam Sabtu lalu adalah satu percubaan membunuh.
Kejadian itu dipercayai tercetus disebabkan perkara membaiki kereta.
Empat suspek dikatakan menghantar kereta kepada mangsa untuk dibaiki, tetapi apabila tempoh membaikinya mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan mereka meminta bayaran balik.
Apabila permintaan suspek-suspek tidak dipenuhi, mereka didakwa menyerang mangsa terbabit.
Pada Sabtu lalu sekitar tengah malam, suspek-suspek didakwa mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan sehelai kain.
Mereka membawanya ke satu kawasan terpencil di Jalan Salim-Stabau (Jalan Dudong) untuk ‘menghapuskan’ mangsa di sana.
Mereka kembali semula selama 20 minit kemudian dan didakwa mencederakan kepala mangsa.
Salah seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arahnya tetapi terlepas manakala seorang lagi lelaki membaling batu kepadanya dan bertindak memukul bahagian belakang badannya.
Mangsa terpaksa berpura-pura mati sehingga menyebabkan suspek meninggalkan tempat kejadian.
Selepas itu, mangsa meminta bantuan daripada penduduk di rumah panjang berhampiran.
Mangsa yang menerima sebanyak 40 jahitan akibat kecederaan di kepalanya kemudian membuat laporan polis.
Berdasarkan laporannya, polis menangkap seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Aping, Jalan Salim-Stabau kelmarin.
Polis juga menahan tiga lelaki lain yang dikatakan tinggal di kawasan sama dan turut merampas lebih daripada 10 senjata api, beberapa bilah pisau dan empat motosikal.
Semalam, mangsa menunjukkan polis tempat dia diserang di Jalan Dudong di sini, mangsa hampir terbunuh.
Empat suspek terbabit dibawa ke Hospital Sibu bagi menjalani ujian DNA, semalam. - UB
Berpura-pura Mati Untuk Selamatkan Diri
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 07, 2014
Rating:
No comments: