LONDON: Bekas pertahanan tengah England, Rio Ferdinand didakwa Persatuan Bola Sepak England (FA) atas pertuduhan membuat komen tidak sepatutnya di dalam laman sosial, Twitter.
"Dakwaan dibuat atas komen yang ditulis (Ferdinand) dalam laman akaun Twitter miliknya yang dikatakan memiliki kata-kata kesat/ menghina/ tidak senonoh atau tidak sepatutnya dibuat," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
"Ia mungkin menjadi lebih buruk kerana ia turut melanggar Peraturan FA E3 (2) kerana membabitkan jantina."
Pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR) berusia 35 tahun itu diberikan masa sehingga 21 Oktober ini untuk menjawab pertuduhan.
Menurut laporan media British, pertuduhan itu membabitkan komen balas Twitter yang dibuat oleh Ferdinand pada September lalu selepas namanya ditandakan dalam satu mesej.
"Mungkin QPR akan menandatangani seorang CB (pertahanan tengah) yang baik yang mereka perlukan.
Ferdinand kemudian membalasnya: "Suruh emak kamu datang, bermain dengan baik!"#sket," dengan menggunakan slanga Jamaica.
Ferdinand yang memiliki 81 penampilan bersama England mengharungi musim yang sukar bersama QPR dalam Liga Perdana Inggeris musim ini yang hanya memperoleh empat mata daripada tujuh perlawanan.
Pada 2012, Ferdinand dikenakan denda 45,000 pound (RM234,286) kerana membuat komen terhadap pemain Chelsea, Ashley Cole. - Reuters
FA England Dakwa Ferdinand Keluar Kata-Kata Kesat Di Twitter
Reviewed by uMieySurianie
on
October 15, 2014
Rating:
No comments: