Seo Services

Tiada Alasan Untuk Turunkan Harga Kereta Selepas GST


KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pemain industri automotif di negara ini tiada alasan untuk tidak menurunkan harga kereta apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun depan.

Pelaksanaan GST berkadar enam peratus bermula 1 April itu bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

“Penurunan harga berdasarkan konsep 10 peratus (cukai jualan yang termasuk dalam harga kereta) menjadi enam peratus amatlah mudah difahami, dan pemain industri tidak sewajarnya mengelak daripada menurunkan harga kereta dengan menjadikan GST sebagai alasan,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas mengenai pelaksanaan sistem percukaian yang dikenakan di setiap peringkat pengeluaran produk itu, beliau menegaskan cukai input GST boleh dituntut semula berbanding SST yang diguna pakai sekarang.

“Kerajaan telah merangka dasar iaitu harga barangan yang sepatutnya diturunkan harus diturunkan,” katanya.

Selain itu katanya, penurunan harga kenderaan dijangka antara satu dan tiga peratus tersebut turut disahkan oleh pegawai Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Memang kita jangkakan penurunan harga kereta, tetapi kadar penurunan itu masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Ahmad turut menyatakan 532 daripada 944 barangan yang dikecualikan daripada GST akan mengalami penurunan harga berdasarkan kepada pengiraan sistem percukaian berlapis SST.

“Pelaksanaan SST menyebabkan harga barang bertambah secara purata menjadi 15 ke ke 18 peratus daripada 10 peratus yang dikenakan pada asalnya.

“Bagi kumpulan makanan diproses yang dikenakan cukai sebanyak lima peratus, ia akan menjadi sekitar lapan peratus,” kata Ahmad.

Semalam, kerajaan mengumumkan senarai lebih daripada 900 barangan yang dikecualikan daripada pelaksanaan GST. – BERNAMA
Tiada Alasan Untuk Turunkan Harga Kereta Selepas GST Tiada Alasan Untuk Turunkan Harga Kereta Selepas GST Reviewed by Unknown on October 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.