Seorang wanita berusia 20 tahun terpaksa ditahan oleh pihak polis kerana berkelakuan agresif selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Carpenter di sini, awal pagi semalam.
Menurut laporan TheBorneoPost, wanita yang berasal dari Matang itu dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya sehingga ia terbabas dan melanggar tiang lampu sekitar jam 3 pagi,
Orang awam yang menyedari insiden tersebut segera membantu wanita terbabit.
Kejadian menjadi semakin tegang apabila wanita itu enggan menaiki ambulans kerana dia mendakwa dirinya tidak cedera.
Tiba-tiba wanita itu bertindak menendang anggota polis berkenaan serta berkasar dengan kakitangan perubatan.
Beberapa penduduk di kawasan berkenaan diketuai Kapitan Lim Chuan Chan terpaksa berjaga semalaman menjaga lalu lintas ekoran tiang lampu yang tumbang akibat kemalangan itu.-Sarawakiana
Seorang Wanita Bertindak Agresif Ditahan Polis
Reviewed by Unknown
on
October 15, 2014
Rating:
No comments: