Seo Services

Jumlah Rakyat Malaysia Sertai IS Tercedera Atau Terbunuh Belum Disahkan


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sehingga kini, pihak berkuasa Syria masih belum mengesahkan identiti dan jumlah sebenar rakyat Malaysia yang cedera serta terbunuh, ketika menyertai kegiatan militan Negara Islam (IS) di negara bergolak itu.

Beliau berkata, walaupun pihak kementerian mempunyai maklumat yang diperolehi daripada hasil risikan selama ini, namun ia belum dapat disahkan pihak berkuasa Syria dan IS.

“Kita tidak buat apa-apa hubungan dengan mereka, tapi saya pasti maklumat ada dalam tangan saya…kita ketahui siapa yang ada di sana, siapa yang terkorban dan sebagainya, kita tahu.

“Tapi, oleh kerana kita tiada pengesahan rasmi daripada pihak bertelagah, jadi kita tidak dapat buat apa-apa pengumuman rasmi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas seorang bekas penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah yang dilaporkan berlepas ke Syria, 4 Oktober lalu, dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan IS.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, hasil siasatan menyeluruh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden letupan bom di Bukit Bintang, baru-baru ini, akan diumumkan pada bila-bila masa.

Khamis lalu, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36 tahun, maut manakala 12 lagi cedera, termasuk pelancong asing dalam letupan bom tangan yang dipercayai membabitkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di luar sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang. - Rakyat Post
Jumlah Rakyat Malaysia Sertai IS Tercedera Atau Terbunuh Belum Disahkan Jumlah Rakyat Malaysia Sertai IS Tercedera Atau Terbunuh Belum Disahkan Reviewed by Salfian Nawawi on October 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.