KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara dilaporkan baik tengah hari ini dengan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 1 tengah hari Selasa.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 28 kawasan mencatat bacaan sederhana manakala 23 kawasan lagi mencatat IPU baik.
Bacaan IPU sederhana direkodkan di Muar, Johor (92), Bandaraya Melaka (91), Bukit Ramai (89), Larkin Lama (83), Pasir Gudang dan Port Dickson, masing-masing 82.
Langkawi merekodkan bacaan IPU baik iaitu 15.
Bacaan antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama
Kualiti Udara Di Seluruh Negara Baik Setakat 1 Tengah Hari
Reviewed by uMieySurianie
on
October 07, 2014
Rating:
No comments: