Seo Services

Menteri Kesihatan Sweden Ini Lebih Kacak Dari KJ


Kalau kita ada menteri yang kacak dan muda seperti YB Khairy Jamaluddin, Sweden pun tidak kurang hebatnya.

Menteri Kesihatan Awam Dan Sukan Sweden yang baru sahaja dilantik ini kini menjadi mangsa ‘luahan cinta’ para anak gadis dari seluruh dunia.

Masakan tidak, anda boleh lihat sendiri betapa kacaknya Gabriel Wikström di dalam gambar di atas dan kini dikatakan mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri.


Bercakap kepada akhbar Aftonbladet di Sweden, Wikström yang baru sahaja berusia 29 tahun ini menjadi perhatian dunia kerana usianya yang muda untuk sama-sama mentadbir di dalam kerajaan Sweden.

Dia dilahirkan pada 21 Februari 1985 dan memulakan kerjayanya di dalam bidang politik sejak dia berusia 21 tahun.

Kisahnya mula viral pada hari Ahad lalu apabila salah seorang pengguna Twitter berkongsi gambarnya yang kacak di laman sosial berkenaan.

Dia juga mendapat beribu-ribu pengikut Twitter yang merupakan wanita dari Turki dan menurutnya lagi, dia berharap boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda di Turki untuk terlibat dalam politik.


Sebelum ini dia pernah dilantik menjadi ahli majlis tempatan untuk parti Sosial Demokrat di Västerås, dan menjadi ketua organisasi pemuda parti itu dari tahun 2011 hingga menjadi seorang menteri.

Berikutan pelantikan baru itu, beliau meminta bantuan Menteri Perancangan Bandar Dan Alam Sekitar Sweden iaitu Mehmet Kaplan membalas tweet peminatnya di luar negeri.

Per Johan Gabriel Wikström (lahir 21 Feb 1985) adalah seorang ahli politik Sweden dari Demokrat Sosial.

Beliau telah menjadi Menteri Kesihatan Awam, Penjagaan Kesihatan dan Sukan di Kerajaan Sweden sejak 2014.


sumber
Menteri Kesihatan Sweden Ini Lebih Kacak Dari KJ  Menteri Kesihatan Sweden Ini Lebih Kacak Dari KJ Reviewed by Unknown on October 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.