Seo Services

#MH17 : Jenazah Anak Bungsu Tambi Jiee Tiba di Kuching





  

Hujan yang renyai bagaikan turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, 13, ahli terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee yang telah terkorban dalam tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia sebentar tadi.

Jenazah Muhammad Afruz, 13 telah diterbangkan menggunakan Pesawat C-130 Hercules nilik TUDM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlepas kira-kira jam 9.40 pagi diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim serta waris terdekat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Kuching tepat jam 11:55 pagi.

Lebih dari 400 orang hadir terdiri daripada keluarga waris, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setia menanti di sana sejak jam 9 pagi tadi.

Antara yang turut hadir di majlis sambutan jenzah pagi tadi adalah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Muda Hal Ehwal Islam negeri Datuk Daud Abdul Rahman.

Jenazah dijadualkan untuk dibawa ke Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya untuk solat jenazah dan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya. - Sarawakiana
#MH17 : Jenazah Anak Bungsu Tambi Jiee Tiba di Kuching #MH17 : Jenazah Anak Bungsu Tambi Jiee Tiba di Kuching Reviewed by Salfian Nawawi on October 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.