Foto Berita Harian |
SEPANG: Malaysia menyerahkan kepada Belanda dan Australia untuk memutuskan masa sesuai memasuki semula tapak nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini, beliau berkata ini kerana usaha memasuki lokasi nahas tidak boleh dilakukan secara unilateral.
"Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai," katanya.
Mengenai cadangan menempatkan Penasihat Pertahanan di Kiev, Hishammuddin berkata keputusan siapa dan bila kerajaan akan menempatkan Penasihat Pertahanan di negara berkenaan akan diumumkan kemudian.-BH
#MH17: Malaysia Serah Kepada Belanda, Australia Putuskan Masuk Semula Ke Lokasi Nahas
Reviewed by uMieySurianie
on
October 03, 2014
Rating:
No comments: