Seo Services

Sukan Asia: Hanya Karate, Terjun Kibar Cabaran Malaysia Hari Ini


INCHEON: Berbaki dua hari sebelum temasya Sukan Asia, di sini melabuhkan tirainya, buruan kontinjen negara untuk menambah koleksi pingat, bukan saja emas, malah perak dan gangsa juga nampak semakin sukar.

Hari ini, hanya dua acara yang membabitkan atlet Malaysia dijalankan iaitu terjun dan karate.

Sekalipun Malaysia boleh dianggap jaguh dalam kedua-duanya di pentas serantau Asia Tenggara, cabaran di Asia cukup bagi acara terjun dan karate ternyata jauh lebih sukar dengan pesaingnya dianggap berkelas dunia.

Semalam, karate di Gimnasium Syeyang menyumbang emas keempat negara menerusi Lim Chee Wei dalam acara kata lelaki.

Dan hari ini, cabarannya digalas S Senthil Kumaran (Kumite lelaki, - 55kg), Syakilla Selni Jefri Krisnan (Kumite wanita - 61kg), A Nisha (Kumite wanita -55kg) dan S Shree Sharmini (Kumite wanita - 68kg).

Di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan, atlet terjun negara meneruskan cabaran selepas gagal meraih sebarang pingat, semalam.

Ooi Tze Liang meneruskan aksinya dalam acara 10 meter platform individu lelaki bersama Chew Yi Wei pada 11 pagi ini.

Manakala Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong akan mengibar cabaran negara dalam acara tiga meter papan anjal individu wanita di sebelah petang.

Setakat ini, Malaysia sudah mengumpul 4 emas 14 perak dan 11 gangsa selepas sebutir pingat emas menerusi acara wushu ditarik balik akibat doping.

Kedudukan pingat negara

- 4 emas, 14 perak, 11 gangsa -BHOnline.
Sukan Asia: Hanya Karate, Terjun Kibar Cabaran Malaysia Hari Ini Sukan Asia: Hanya Karate, Terjun Kibar Cabaran Malaysia Hari Ini Reviewed by Unknown on October 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.