KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden letupan bom di Bukit Bintang di sini.
Beliau menegaskan perbuatan tidak menghormati undang-undang itu tidak akan dibiarkan.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku pagi ini di Bukit Bintang.
"Siasatan polis sedang dijalankan, dan pelaku jenayah ini akan ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan," kata Najib menerusi satu kenyataan.
Seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut manakala 12 lagi cedera, termasuk pelancong asing, akibat letupan bom tangan buatan sendiri dalam kejadian 4.20 pagi di depan sebuah kelab malam di Kompleks Sun.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata letupan itu dipercayai membabitkan perebutan kawasan perniagaan oleh kumpulan kongsi gelap.- BERNAMA
Najib Kutuk Keganasan Di Bukit Bintang
Reviewed by Unknown
on
October 10, 2014
Rating:
No comments: