Seo Services

Perpaduan Harus Dipelihara-Nancy

 
SIMUNJAN: Perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat pelbagai agama dan kaum di Simunjan seharusnya terus dipelihara dan dikekalkan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata setiap kali program diadakan di Simunjan sudah menjadi amalan dan tradisi kita di sini apabila semua penduduk dari bangsa dan agama berbeza turut serta membantu dan menyokong program-program yang diadakan.
 
"Tidak kira apa jua program sekalipun termasuklah program keagamaan dan inilah yang mahu kita pelihara dan kekalkan agar ianya terus diamalkan anak cucu kita,” tambahnya lagi.
 
Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian semasa mengagihkan daging korban di beberapa kampung di Ulu Simunjan semalam.

Difahamkan, seramai 266 orang mualaf (Iban Muslim) menerima daging korban yang disampaikan oleh Nancy.
 
Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Semalatong, Sibau Rumbau, Blau, Tebun, Isu Sadia dan Temiang.
 
Sebanyak 3 ekor lembu telah disumbangkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong manakala  seekor lagi adalah sumbangan dari HIKMAH.

Turut hadir Temenggung Bahagian Samarahan, Anthony Nyipa serta Setiausaha Politik kepada Menteri Mohamed Kamaluddin Mohd Effendie. - Sarawakiana
Perpaduan Harus Dipelihara-Nancy Perpaduan Harus Dipelihara-Nancy Reviewed by uMieySurianie on October 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.