Seo Services

Perpaduan Tunjang Keharmonian Negara



KUCHING: Kestabilan politik, suasana yang aman dan damai menyemai perpaduan yang amat erat di kalangan masyarakat majmuk sejak sekian lama adalah tunjang keharmonian negara kita sehingga sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata sejak merdeka, masyarakat pelbagai bangsa dan kaum telah menjalinkan huhungan yang amat baik sekali di antara satu satu sama yang lain.

"Terbukti sekali pada masakini adalah negara Malaysia adalah negara yang cepat membangun menjadi sebuah negara yang maju," katanya.

"Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, memang terdapat perbezaan yang ketara jika kita dapat membandingkan dengan negara-negara lain yang lebih kurang sama waktu mendapat kemerdekaan .. nyata, Malaysia mendahului dari beberapa aspek seperti kemajuan, kepesatan pembangunan dan sebagainya."

Abdul Rahman berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuching anjuran Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching yang di adakan di D'Cove Pasir Panjang Family Park di sini semalam.

"Tujuan perimpunan adalah semata mata untuk memupuk semangat perpaduan, muhibbah antara kaum akan berkekalan sehingga bila bila masa," katanya sambil mengingatkan perserta harus berazam dan beriltizam untuk mengekalkan perpaduan antara kaum sehingga mereka dewasa klak.

"Perhimpunan ini juga akan mewujudkan dan melahirkan generasi pelapis yang akan memimpin dan mengekalkan perpaduan negara pada masa akan datang."

"Semoga ianya menepati objektif dalam menanam nilai-nilai yang murni iaitu perpaduan negeri yang mempunyai pelbagai latar belakang bangsa," tambahnya lagi. - Sarawakiana

Perpaduan Tunjang Keharmonian Negara Perpaduan Tunjang Keharmonian Negara Reviewed by uMieySurianie on October 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.