30 OKT: Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali.
Sehubungan itu Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman ACP Asmawati Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat.
Maklumat yang disebarkan itu menyatakan kemungkinan telefon bimbit orang ramai dipantai PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BNBBC
Polis Nafi Pantau Telefon Bimbit
Reviewed by uMieySurianie
on
October 30, 2014
Rating:
No comments: