Seo Services

Polis Pantau Program Pidato Di UM


SEREMBAN: Polis tidak akan campur tangan dalam program pidato yang dijangka dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM), malam ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dengan menempatkan anggota polis di luar kawasan universiti itu terutama sekitar Masjid Ar-Rahman.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memastikan kawasan berkenaan selamat dan tidak berlaku perkara tidak sepatutnya.

"Ini tanggungjawab kita (polis) untuk memastikan keselamatan awam terutama di luar kawasan universiti terjamin. Jumlah anggota yang akan ditempatkan bergantung kepada situasi," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghormatan Kepada 'Unsung Heroes' Pasukan Penyelamat MH17 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan di sini, tadi.

Khalid berkata, kini terpulang kepada pihak universiti itu sama ada mahu membenarkan Anwar menghadiri program itu atau sebaliknya.-BH
Polis Pantau Program Pidato Di UM Polis Pantau Program Pidato Di UM Reviewed by Unknown on October 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.