ANKARA: Agensi berita Turki melaporkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan Kurdis bertempur dengan polis hari ini.
Keganasan terbaru itu tercetus di kawasan penempatan Kurdis di timur Turki yang turut merebak di seluruh Turki dan Eropah apabila penunjuk perasaan menuntut agar tindakan lebih keras diambil terhadap militan Negara Islam (IS).
Agensi berita swasta Turki, Dogan berkata setakat ini lapan orang dilaporkan maut di Diyarbakir di timur Turki dan beberapa lagi di bandar di sebelah timur.
Polis dilaporkan terpaksa melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan apabila penunjuk perasaan mula membakar kereta dan merosakkan premis perniagaan.
Perintah berkurung turut dilaksanakan di lima wilayah di Turki.
Keganasan oleh penunjuk perasaan turut berlaku di beberapa bandar di sebelah selatan termasuk Ankara dan Istanbul.
Di Brussels, kira-kira 50 penunjuk perasaan memecah pintu dan merempuh hadangan polis untuk masuk ke bangunan Parlimen Eropah. - AP
Polis Turki Bertempur Dengan Penunjuk Perasaan Kurdis, 14 Terbunuh
Reviewed by Unknown
on
October 08, 2014
Rating:
No comments: