Seo Services

Ratusan Orang Menghadiri Demonstrasi di Jalan Parlimen



Demonstrasi Bantahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 yang dijadualkan hari ini nampak mendapat sambutan yang hambar.

Sumber Sarawakiana memberitahu setakat ini, demonstrasi anjuran beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijadualkan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak hanya di hadiri hanya lebih kurang 200 orang.

Sebelum ini, Pengarah penerangan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan yang juga penganjur bersama demontrasi tersebut berkata mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut dikatakan telah berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen.

Setakat berita ini di tulis, tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku sementara pihak polis memantau sepanjang demonstrasi ini di adakan.

Hari ini adalah hari kedua sesi sidang parlimen berlangsung.

Beberapa hari yang lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan yang merancang untuk mengadakan demontrasi tersebut agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.

"Kami tetap memantau (perarakan berkenaan) dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya memberi peringatan tersebut NGO-NGO berkenaan. - Sarawakiana
Ratusan Orang Menghadiri Demonstrasi di Jalan Parlimen Ratusan Orang Menghadiri Demonstrasi di Jalan Parlimen Reviewed by Salfian Nawawi on October 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.